<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- data-ad-client=ca-pub-1289784518577206 --> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5425509509891045753\x26blogName\x3dsulfat\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://sulfat.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://sulfat.blogspot.com/\x26vt\x3d4580904065445137595', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Perang Graffiti

Wednesday, December 30, 2009


Graffiti yang pada mulanya dianggap sebagai satu cabang vandalisme kini merupakan sebahagian daripada seni yang diikhtiraf. Pelukis-pelukis graffiti kini mampu meraih pendapatan yang lumayan hasil daripada kreativiti mereka mengindahkan tembok-tembok jalanan di sekitar kota.

Apa yang akan dipaparkan kali ini sedikit berbeza kerana ini merupakan persaingan diantara 2 orang seniman jalannan graffiti iaitu Robbo dan Banksy.

Hasil kerja asal Robbo yang berusia 25 tahun masih kekal.......sehingga ke minggu lepas.

Banksy dengan inisiatifnya mengubah hasil kerja Robbo yang dilukis pada 1985.

Mengubah semula hasil kerja sesorang dilihat sebagai tanda tidak menghormati sesama komuniti seniman jalanan walaupun mereka sendiri tidak menghormati bangunan yang mereka lukis. Peperangan dingin mula tercetus diantara pengikut kedua-dua seniman berkenaan dalam Flickr.

Sebagai tindak balas Robbo mengubah semula hasil cover Banksy dengan lukisan wordings yang sangat simple.
Robbo memberikan respon kepada Banksy dengan mengubah semula lukisannya.

Banksy yang semakin terkenal dengan lantaran hobinya mengubah hasil kerja orang lain didakwa menjadi jutawan kerana beberapa orang selebriti seperti Angelina Jolie dan Christina Aguilera merupakan antara pelanggan lukisannya.

Labels: ,

posted by sulfat
4:33 AM

0 comments

Menjejak barang hilang

Lazimnya kalau berlaku kecurian, kita akan bergantung sepenuhnya kepada usaha daripada pihak polis untuk menjejaki samada barang kita yang dicuri atau si pencuri itu sendiri. Tetapi lain pula kes yang dialami oleh lelaki bernama Tristan Brooks. Rumahnya telah dimasuki pencuri yang melesapkan semua peralatan yang terdapat di ruangan dapurnya yang baru sahaja dibeli.

Selain menunggu perkembangan siasatan daripada pihak polis, beliau yang menabung selama 10 tahun untuk membeli rumah impiannya itu telah terkejut beruk setelah mendapati kesemua peralatan dapurnya yang hilang itu dilelong secara online dalam ebay!. Dan si penjual aka pencuri tersebut berada 30 batu jauh dari rumahnya.

Beliau yang menyamar sebagai orang yang berminat untuk membeli peti sejuk yang diiklankan datang ke rumah si penjual tersebut dengan hasrat untuk memastikan barangan yang diiklankan adalah miliknya. Sebaik sahaja dapat mengenalpasti yang kesemua barangan tersebut adalah miliknya, beliau terus melaporkan kepada polis yang sejurus kemudian tiba....

Labels:

posted by sulfat
4:06 AM

0 comments

Fembot Buatan Sendiri

Saturday, December 26, 2009


Tiada apa yang lebih baik pada hari Xmas selain meluangkan masa bersama teman wanita yang tersayang. Itulah yang dirasai oleh saudara Le Trung, seorang inventor yang menetap di Kanada. Fembot ciptaannya yang diberi nama Aiko, sehingga hari ini sudah menelan belanja sebanyak 30,000 pound. Berkebolehan bertutur 13 ribu ayat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Jepun, Aiko menurut Le menepati ciri wanita sempurna impiannya. Aiko turut mampu mengecam wajah orang yang pernah ditemuinya sambil mengucapkan hello kepada mereka.

Disebalik kebolehan Aiko, Le masih buntu untuk membolehkan teman wanitanya itu untuk berjalan. Le sudah berhempas pulas sepanjang 6 bulan lepas namun masih gagal untuk melihat Aiko berjalan sendiri. Kegagalan tersebut dijadikan sebagai azam tahun 2010.

Selain itu, Le pernah diserang sakit jantung selama 2 tahun ketika bertungkus-lumus menyiapkan Aiko. satu pengorbanan dari seorang kekasih kepada seorang kekasih.


Aiko didakwa berusia dalam lingkungan 20-an, berketinggian 5 kaki dan mempunyai bentuk tubuh 32-23-33. Aiko juga mempunyai deria yang baik kecuali deria bau. Dia boleh menampar anda sekiranya dia dipegang terlalu kuat atau direntap, Kata Le.

Labels:

posted by sulfat
9:00 PM

0 comments

Ini baru malam Xmas.....Malam 2010 nanti macam mana pula?!

A group of violent revellers armed with helmets attacking a Rela member

Mangsa(RELA), Pemangsa, jurugambar, saksi dan lain-lain dalam lokasi kejadian.

Setelah aktiviti mereka menyembur kereta dengan semburan salji diganggu oleh RELA, sekumpulan pemuda betindak liar dengan membelasah pasukanRELA yang cuba untuk menahan sahabat nakal mereka.

Revellers spraying aerosol foam at passing motorists

Kelihatan mereka sangat gembira dengan menyembur buih aerosol sebagai tanda khidmat masyarakat.

Mungkin pasukan polis ada halangan sehingga mereka tiba lewat di lokasi kejadian. Ini menyebabkan kumpulan nakal ini semakin berani menyerang anggota RELA yang empty handed tu.

How rowdy can there get?

Jurugambar pula semakin ramai hadir menyaksikan kejadian membakar lagi semangat juang para pendekar sembur.

Dalam ramai-ramai pendekar sembur tersebut, pihak polis hanya berjaya menahan seorang suspek pada masa kejadian berlaku,seorang oekerja kilang yang berusia 17 tahun.

Rela members and a plainclothes policeman apprehending a rowdy reveller who had earlier giving passing vehicles a good

Aku respect dengan polis berpakaian biasa berwarna perang yang begitu berani menahan sang pendekar.


A reveller (left) trying to prevent his freind from being arrested

Sang pendekar sibuk mempertahankan sahabat mereka yang berbaju hitam sambil menundukkan kepala.

AKU | Dorang ni sudah biasa main salji setiap kali xmas eve, sebab tulah bila balik negeri sendiri yang hujan batu, dorang ciptakan salji untuk rakyat yang tinggal di khatulistiwa ni. Bakat dorang dalam semburan buih ni boleh digunapakai dalam bidang cuci terutama dalam kawasan penjara. Apa pulak yang akan berlaku malam tahun baharu nanti...........?!Kalau Aznil dengan taglinenya Jangan Lupa Lirik, untuk dorang ni tagline Jangan Lupa Diri sangat sesuai sekali.


Sumber: dailychilli

Labels:

posted by sulfat
7:44 PM

0 comments

Hebat! Merentas Bima Sakti dalam masa 6 Minit!

Monday, December 21, 2009




Video di atas bukan dramatization semata-mata, ianya merupakan petunjuk kepada sistem pemetaan yang dijalankan oleh Hayden Planetarium. Banyak fakta menarik yang dipaparkan bermula dari Tibet hingglah ke kawasan yang belum dibuat pemetaannya di luar sana.

Sumber: kottke.org

Labels:

posted by sulfat
12:41 AM

0 comments

Model kapal terbang buatan sendiri


Ia mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, 6000 jam diperuntukkan bagi membolehkan seorang pesara doktor pergigian, Young C Park, dari Honolulu menyiapkan replika kapal terbang kegemarannya semasa kecil iaitu P-51D Mustang.
Yang menariknya, replika kapal yang berjaya menumbangkan 4950 pesawat musuh semasa WWII ini berfungsi seperti kapal terbang sebenar! Jadi kena berhati-hati apabila bermain-main dengannya kerana ianya menggunakan peluru hidup yang mampu membunuh!
Selain menggunakan 50 kaki kepingan aluminium, pesara ini turut menggunakan beberapa peralatan cabut giginya bagi membantu menyiapkan replika ini dengan jayanya. Antara yang beliau gunakan ialah dentist's drill bagi membentuk besi.
Enjin kapal terbang yang dapat berfungsi dengan baik.


Sumber: DailyMail

A K U | Selain dari minat, kemahiran dan ketekunan, kesabaran juga memainkan peranan yang sangat penting bagi Encik Young dalam melalui 6000 jam proses penyiapan kapal terbang ini. Banyak yang boleh dipelajari.

Labels: ,

posted by sulfat
12:01 AM

0 comments

Guru umpama LILIN...

Monday, December 14, 2009


Sekali imbas, gambar di atas hanya menunjukkan seorang guru yang sedang mengajar Math. Tetapi apabila diteliti, guru tersebut sedang melukis rajah dengan tangan kanan dan tangan kirinya sedang dimasukkan dengan bekalan air.

Kisah guru yang luar biasa dedikasinya ini dirakamkan oleh rakannya yang juga guru fotografi sekolah yang sama, yang secara kebetulan lalu di kelas tersebut dan mendapati rakannya yang sepatutnya meghabiskan rawatan di klinik terlebih dahulu menunda proses rawatannya untuk masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa walaupun dalam keadaan sakit.



Ketika ditanya mengapa dia sanggup membahayakan dirinya pada ketika itu, cikgu tersebut memaklumkan dia bimbang tidak sempat menghabiskan sukatan selain faktor tiada guru ganti. "Saya bimbang masa pelajar akan terbuang dengan begitu sahaja sekiranya saya tidak masuk ke kelas."

sumber: daily chili

AKU | Susah mau jadi LILIN seperti cikgu di atas, harap-harap dapat dijadikan ikhtibar dan pedoman kepada aku dan rakan-rakan lain. Tapi kesihatan juga perlu diutamakan....

Labels: ,

posted by sulfat
11:06 PM

1 comments