<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- data-ad-client=ca-pub-1289784518577206 --> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5425509509891045753\x26blogName\x3dsulfat\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://sulfat.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://sulfat.blogspot.com/\x26vt\x3d4580904065445137595', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

SIRI 1MALAYSIA: 1INUL DARATISTA

Sunday, May 23, 2010


Rasanya sesuai kalau diwujudkan entry SIRI 1MALAYSIA yang mana kalau anda lihat di sekeliling, hampir kesemua jenama dan apa sahaja program yang dibawakan mesti dimulakan dengan nombor 1 terlebih dahulu barulah jenama atau tema muncul kemudian.

Kali ini kita muncul dengan konsert 1INUL DARATISTA yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, 29 Mei nanti. Tidak silap dalam 2 tahun lepas ketika dihebahkan artis ini akan membuat persembahan di Johor, ramai pihak tampil ke hadapan dan dengan tegasnya membantah penganjuran konsert itu sehinggakan pihak penganjur terpaksa mencari alternatif dengan mengubah venue dan tarikh bagi meleraikan bantahan. Tetapi suara menentang ratu gerudi seberang ini bertambah kuat gemanya hinggakan si Inul tampil menangis sedih bahkan hampir pengsan mengenangkan nasib malangnya dan rasa bersalah kerana konsertnya dibatalkan akhirnya.

Nah, sekarang oleh kerana Johor dan KL tidak dapat diterobos, ada juga rakyat negara ini begitu simpati dengan si Inul dengan menaja dan membawanya untuk mengadakan persembahan ghairahnya di Tawau....ya betul tu, di T A W A U. Lantas, bagaimana kali ini, artis yang tidak dapat tembus ke Johor dan KL boleh tembus ke TAWAU? Untuk mendapatkan lesen dan permit bagi mengadakan konsert gerudi di Tawau, anda hanya perlu meletakkan nombor 1 sebelum nama artis itu, walaupun artis tu datang dari seberang!

Dan hasilnya, konsert ini direstui maka terpampanglah banner di segenap pelosok daerah ini Konsert 1Inul Daratista.Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), agensi Kerajaan termasuk pihak MPT, Polis, Majlis Agama Islam, Imigresen dan lain-lain, seharusnya sudah mengambil ikhtibar akan bantahan yang pernah wujud sebelum ini.

Hmmm, mungkin banyak lagi faktor lain yang menghalalkan gerudi ni singgah ke sini tapi mujurlah dengan adanya kepekaan dan keperdulian sekumpulan insan yang bertemu dalam taat, bersatu dalam perjuangan untuk membantah sekeras-kerasnya kesinggahan gerudi cap merah-putih itu ke sini.

Adakah sang Inul ini masih tidak serik untuk datang ke bumi 1Malaysia ini? Kita saksikan jawapannya......

"Saya tidak serik dan tidak akan merajuk bahkan Malaysia tetap di hati."

Demikian tegas ratu dangdut goyang gerudi, Inul Daratista yang kelmarin begitu kecewa setelah Konsert Inul Daratista Live in JB yang sepatutnya berlangsung di Larkin, Johor Bahru malam tadi dibatalkan.

"Ketika itu, segala peraturan yang telah ditetapkan berjaya saya lunaskan, apa lagi sekarang, kerana saya sudah berstatus Hajah," beritahu Inul yang kembali ceria apabila konsert di Johor Bahru itu telah bertukar lokasi ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Dengan termetrinya penyerahan memorandum kepada wakil presiden MPT dan juga program bantahan rasmi yang diadakan di al-Kauthar pada Jumaat lepas, adalah diharapkan agar pihak-pihak yang ingin digerudi sambil menjual gerudi bagi mendapatkan pulangan supaya dapat inayah agar segera membatalkan konsert ini secara serta-merta tanpa sebarang keraguan dan kompromi. Ramai lagi artis tempatan yang berimej jauh lebih bersih dan baik yang boleh diketengahkan dan tidak perlulah mengimport produk yang boleh membawa kesan sampingan kepada masyarakat.

Tetapi sekiranya masih diteruskan juga, pejuang hijau-putih dan NGO lain boleh mencari alternatif lain seperti mengedarkan risalah tentang padah hiburan melampau kepada komuniti kita ini bagi tujuan pendidikan. Kalah tidak semestinya perjuangan berakhir, itulah adab-adab berjuang.

Kredit gambar: PAS Tawau

Labels: ,

posted by sulfat
2:47 PM

1 Comments:

Blogger AsrulSaniMdNinggal said...

aku suka ayat "saya sudah berstatus hajah"....hahahaha...skrg sapa2pun boleh dapat title tu...

May 26, 2010 at 6:12 PM  

Post a Comment

<< Home