<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/09170572823510917878" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- data-ad-client=ca-pub-1289784518577206 --> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5425509509891045753?origin\x3dhttp://sulfat.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Perang Graffiti

Wednesday, December 30, 2009


Graffiti yang pada mulanya dianggap sebagai satu cabang vandalisme kini merupakan sebahagian daripada seni yang diikhtiraf. Pelukis-pelukis graffiti kini mampu meraih pendapatan yang lumayan hasil daripada kreativiti mereka mengindahkan tembok-tembok jalanan di sekitar kota.

Apa yang akan dipaparkan kali ini sedikit berbeza kerana ini merupakan persaingan diantara 2 orang seniman jalannan graffiti iaitu Robbo dan Banksy.

Hasil kerja asal Robbo yang berusia 25 tahun masih kekal.......sehingga ke minggu lepas.

Banksy dengan inisiatifnya mengubah hasil kerja Robbo yang dilukis pada 1985.

Mengubah semula hasil kerja sesorang dilihat sebagai tanda tidak menghormati sesama komuniti seniman jalanan walaupun mereka sendiri tidak menghormati bangunan yang mereka lukis. Peperangan dingin mula tercetus diantara pengikut kedua-dua seniman berkenaan dalam Flickr.

Sebagai tindak balas Robbo mengubah semula hasil cover Banksy dengan lukisan wordings yang sangat simple.
Robbo memberikan respon kepada Banksy dengan mengubah semula lukisannya.

Banksy yang semakin terkenal dengan lantaran hobinya mengubah hasil kerja orang lain didakwa menjadi jutawan kerana beberapa orang selebriti seperti Angelina Jolie dan Christina Aguilera merupakan antara pelanggan lukisannya.

Labels: ,

posted by sulfat
4:33 AM

0 comments

Model kapal terbang buatan sendiri

Monday, December 21, 2009



Ia mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, 6000 jam diperuntukkan bagi membolehkan seorang pesara doktor pergigian, Young C Park, dari Honolulu menyiapkan replika kapal terbang kegemarannya semasa kecil iaitu P-51D Mustang.
Yang menariknya, replika kapal yang berjaya menumbangkan 4950 pesawat musuh semasa WWII ini berfungsi seperti kapal terbang sebenar! Jadi kena berhati-hati apabila bermain-main dengannya kerana ianya menggunakan peluru hidup yang mampu membunuh!
Selain menggunakan 50 kaki kepingan aluminium, pesara ini turut menggunakan beberapa peralatan cabut giginya bagi membantu menyiapkan replika ini dengan jayanya. Antara yang beliau gunakan ialah dentist's drill bagi membentuk besi.
Enjin kapal terbang yang dapat berfungsi dengan baik.


Sumber: DailyMail

A K U | Selain dari minat, kemahiran dan ketekunan, kesabaran juga memainkan peranan yang sangat penting bagi Encik Young dalam melalui 6000 jam proses penyiapan kapal terbang ini. Banyak yang boleh dipelajari.

Labels: ,

posted by sulfat
12:01 AM

0 comments

Guru umpama LILIN...

Monday, December 14, 2009


Sekali imbas, gambar di atas hanya menunjukkan seorang guru yang sedang mengajar Math. Tetapi apabila diteliti, guru tersebut sedang melukis rajah dengan tangan kanan dan tangan kirinya sedang dimasukkan dengan bekalan air.

Kisah guru yang luar biasa dedikasinya ini dirakamkan oleh rakannya yang juga guru fotografi sekolah yang sama, yang secara kebetulan lalu di kelas tersebut dan mendapati rakannya yang sepatutnya meghabiskan rawatan di klinik terlebih dahulu menunda proses rawatannya untuk masuk ke kelas dan mengajar seperti biasa walaupun dalam keadaan sakit.



Ketika ditanya mengapa dia sanggup membahayakan dirinya pada ketika itu, cikgu tersebut memaklumkan dia bimbang tidak sempat menghabiskan sukatan selain faktor tiada guru ganti. "Saya bimbang masa pelajar akan terbuang dengan begitu sahaja sekiranya saya tidak masuk ke kelas."

sumber: daily chili

AKU | Susah mau jadi LILIN seperti cikgu di atas, harap-harap dapat dijadikan ikhtibar dan pedoman kepada aku dan rakan-rakan lain. Tapi kesihatan juga perlu diutamakan....

Labels: ,

posted by sulfat
11:06 PM

1 comments

Fokus Sampai Pening

Thursday, October 15, 2009


"Kalau kamu mahu berjaya, kamu kena fokus setiap kali cikgu mengajar!" Seringkali perkataan fokus dilontarkan lantaran pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa dalam kelas. Sebagai akibatnya, tidak fokus dalam mentelaah akan memberikan kegagalan dalam ujian, peperiksaan mahupun ketika melakukan pekerjaan yang lain. Pusat konsentrasi ini memang sukar untuk dijelmakan ketika diri kita sendiri belum bersedia untuk menerima apa yang sedang dilalui pada ketika itu. Itu baru satu kerja, bagaimana pula sekiranya kita diarahkan untuk melakukan beberapa tugasan dalam masa yang sama? Adakah fokus kita akan terbahagi sama rata pada tugasan tersebut atau fokus kita pudar, hilang dan mula beralih perhatian pada benda lain. Sebagaimana rajah di atas menunjukkan ilusi sekiranya kita tidak fokus(focus dalam warna merah), maka gangguan dari persekitaran(huruf lain yang berwarna hitam akan kelihatan bergerak-gerak) akan mula membayangi fikiran dan tumpuan kita.

Bagaimana pula kesannya sekiranya terlalu fokus memerhatikan rajah di bawah?

Labels: ,

posted by sulfat
7:35 PM

0 comments

Bukan mengeluh, bukan juga tidak bersyukur....

Friday, September 11, 2009


” Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.

‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.

‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.” Utusan online.


A: Rasa-rasanya tahun ni dapat bonuskah?

B: Sudah semestinyalah, kan "Rakyat didahulukan......"

A: Kalau cakap serupa bikin oklah....

C: Pernah dulu bonus masuk mengejut, pigi ambil gaji tengok-tengok ada tambahan...

A: Harap-harap adalah....

Kakitangan Kumpulan Sokongan Terima RM500.00

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.


Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. Bernama.

A: Ada bonuskah?

C: Ada....tapi dianggap bantuan khas....500 dua kali bayar....

A: Kalau ndak silap aku, kita ndak layaklah....kumpulan sokongan jak yang dapat.

C: Iyakah?! Dapatlah, berita cakap semua kakitangan kerajaan dapat!

A: Kena terima hakikat, ndak dapat pun ndakpa, yag penting kita masih boleh terus bernafas di bumi 1Malaysia ni....

B: Bonus tak dapat takpe, raya mesti kena sambut jugak.

C: Ingatkan minyak naik harga untuk tampung bonus kita!

A: Syukurlah, walau ndakda bonus, kita government servant ni masih kira beruntung berbanding pekerja lain di sektor yang lain, loan pun boleh sampai 200K sekarang...

B&C: Terpaksa berhutang untuk cover bonus yang tak dapat demi beraya sakan...hehehe


Jadi, raya tahun ni kakitangan kerajaan(bukan semua) akan mendapat RM250. Bersyukurlah kakitangan kerajaan kerana gaji sekarang sudah boleh dikira besar. Manakala peneroka Felda pulak dapat duit raya RM300.

AKU | Masih setia menunggu bajet 2010 nanti.

Labels: ,

posted by sulfat
7:24 AM

2 comments

Titik-Titik Perjuangan

Wednesday, September 2, 2009


Sebuah lakonan santai untuk subjek BM Ting. 4
Trailer: 5 September 2009
Full Version: 16 September 2009



SINOPSIS | Pegawai berbangsa Melayu bertugas dengan Inggeris. Dia datang ke kampung untuk menangkap orang-orang kampung yang cuba menentang pemerintah Inggeris. Penentang-penentang tersebut cuba menuntut kemerdekaan. Pegawai Melayu itu memperlekeh kemampuan orang-orang kampung dengan mengatakan mereka jauh ketinggalan. Oleh itu, mereka dikatakan tidak layak menuntut kemerdekaan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat kampung yang menyokong Inggeris. Pemerintah Inggeris diambil laih oleh pemerintah Jepun. Pada waktu itu, ramai rakyat yang hidup menderita. Apabila Inggeris mula berkuasa semula, kemerdekaan Tanah Melayu telah dijanjikan mereka. Selepas merdeka, pegawai tersebut datang semula ke kampung itu dan melaungkan kemerdekaan. Orang kampung tidak menyahut seruannya pada mulanya. Pegawai itu insaf dan berharap orang-orang kampung bekerjasama dengannya untuk membangunkan negara.
PERSOALAN | Pemikiran Semangat nasionalisme dalam diri rakyat telah dibangkitkan oleh pemerintah Inggeris dan Jepun. Rakyat menuntut kemerdekaan negara.
PENGAJARAN | •Kita hendaklah mengutamakan kepentingan bangsa, agama, dan negara lebih daripada kepentingan diri sendiri. •Kita hendaklah mematuhi peraturan hidup bermasyarakat dengan mengamalkan sikap saling menghormati dan menyanjung tinggi apa-apa hasrat yang terpuji. •Kita hendaklah mempertahankan apa-apa pendirian kita dalam apa-apa juga keadaan. Usah terpengaruh dengan pendapat orang lain. •Kita tidak harus meremehkan orang yang kita anggap lemah.

A K U | 1. Pelakon sedaya upaya membawa watak sebaiknya walaupun sangat kurang dari segi persediaan terutama peralatan. 2. Pelakon berada di kelas H yang bersemangat tinggi untuk menjayakan drama. 3. Sesuai buat rujukan tambahan subjek tersebut. 4. Kembali ke PENGAJARAN yang terakhir di atas.5. Tahniah kepada semua pelakon yang bertungkus-lumus mahu berlakon walau banyak kekurangan sana dan sini. 6. Bangga dengan semua pelajar kelas tersebut.

Labels: ,

posted by sulfat
12:00 AM

2 comments