Model kapal terbang buatan sendiri
Ia mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, 6000 jam diperuntukkan bagi membolehkan seorang pesara doktor pergigian, Young C Park, dari Honolulu menyiapkan replika kapal terbang kegemarannya semasa kecil iaitu P-51D Mustang.
Yang menariknya, replika kapal yang berjaya menumbangkan 4950 pesawat musuh semasa WWII ini berfungsi seperti kapal terbang sebenar! Jadi kena berhati-hati apabila bermain-main dengannya kerana ianya menggunakan peluru hidup yang mampu membunuh!
Selain menggunakan 50 kaki kepingan aluminium, pesara ini turut menggunakan beberapa peralatan cabut giginya bagi membantu menyiapkan replika ini dengan jayanya. Antara yang beliau gunakan ialah dentist's drill bagi membentuk besi.
Enjin kapal terbang yang dapat berfungsi dengan baik.
Sumber: DailyMail
A K U | Selain dari minat, kemahiran dan ketekunan, kesabaran juga memainkan peranan yang sangat penting bagi Encik Young dalam melalui 6000 jam proses penyiapan kapal terbang ini. Banyak yang boleh dipelajari.
Labels: Et cetera, Principle
posted by sulfat
12:01 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home