<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/09170572823510917878" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- data-ad-client=ca-pub-1289784518577206 --> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5425509509891045753\x26blogName\x3dsulfat\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://sulfat.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://sulfat.blogspot.com/\x26vt\x3d4580904065445137595', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Malaysia Akan Layak Ke Piala Dunia Sekiranya...

Friday, June 11, 2010


Membuat corak latihan dengan sistem dendaan seperti yang digunapakai oleh Diego Armando Maradona dalam kem latihan Argentina.




AKU | Hanya gurauan, ini adalah salah satu taktik yang biasa dalam kalangan pemain negara dalam menjalani latihan rutin mereka. Skuad Harimau kita juga akan layak sepertimana pasukan yang paling dipandang sepi dalam world cup tahun ini iaitu Korea Utara. Jelas skuad Korea Utara ini sangat berahsia dan mementingkan disiplin yang tinggi dalam latihan mereka. Tiada sebarang pendedahan dalam taktik dan latihan mereka kepada media dan mereka begitu opitmis dalam misi bertemu pasukan Selecao. Disiplin, disiplin dan disipilin. Itulah teras kepada layaknya pasukan mereka dalam Piala Dunia FIFA 2010.

Labels:

posted by sulfat
11:46 AM

1 comments

SIRI 1MALAYSIA: 1INUL DARATISTA

Sunday, May 23, 2010


Rasanya sesuai kalau diwujudkan entry SIRI 1MALAYSIA yang mana kalau anda lihat di sekeliling, hampir kesemua jenama dan apa sahaja program yang dibawakan mesti dimulakan dengan nombor 1 terlebih dahulu barulah jenama atau tema muncul kemudian.

Kali ini kita muncul dengan konsert 1INUL DARATISTA yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, 29 Mei nanti. Tidak silap dalam 2 tahun lepas ketika dihebahkan artis ini akan membuat persembahan di Johor, ramai pihak tampil ke hadapan dan dengan tegasnya membantah penganjuran konsert itu sehinggakan pihak penganjur terpaksa mencari alternatif dengan mengubah venue dan tarikh bagi meleraikan bantahan. Tetapi suara menentang ratu gerudi seberang ini bertambah kuat gemanya hinggakan si Inul tampil menangis sedih bahkan hampir pengsan mengenangkan nasib malangnya dan rasa bersalah kerana konsertnya dibatalkan akhirnya.

Nah, sekarang oleh kerana Johor dan KL tidak dapat diterobos, ada juga rakyat negara ini begitu simpati dengan si Inul dengan menaja dan membawanya untuk mengadakan persembahan ghairahnya di Tawau....ya betul tu, di T A W A U. Lantas, bagaimana kali ini, artis yang tidak dapat tembus ke Johor dan KL boleh tembus ke TAWAU? Untuk mendapatkan lesen dan permit bagi mengadakan konsert gerudi di Tawau, anda hanya perlu meletakkan nombor 1 sebelum nama artis itu, walaupun artis tu datang dari seberang!

Dan hasilnya, konsert ini direstui maka terpampanglah banner di segenap pelosok daerah ini Konsert 1Inul Daratista.Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), agensi Kerajaan termasuk pihak MPT, Polis, Majlis Agama Islam, Imigresen dan lain-lain, seharusnya sudah mengambil ikhtibar akan bantahan yang pernah wujud sebelum ini.

Hmmm, mungkin banyak lagi faktor lain yang menghalalkan gerudi ni singgah ke sini tapi mujurlah dengan adanya kepekaan dan keperdulian sekumpulan insan yang bertemu dalam taat, bersatu dalam perjuangan untuk membantah sekeras-kerasnya kesinggahan gerudi cap merah-putih itu ke sini.

Adakah sang Inul ini masih tidak serik untuk datang ke bumi 1Malaysia ini? Kita saksikan jawapannya......

"Saya tidak serik dan tidak akan merajuk bahkan Malaysia tetap di hati."

Demikian tegas ratu dangdut goyang gerudi, Inul Daratista yang kelmarin begitu kecewa setelah Konsert Inul Daratista Live in JB yang sepatutnya berlangsung di Larkin, Johor Bahru malam tadi dibatalkan.

"Ketika itu, segala peraturan yang telah ditetapkan berjaya saya lunaskan, apa lagi sekarang, kerana saya sudah berstatus Hajah," beritahu Inul yang kembali ceria apabila konsert di Johor Bahru itu telah bertukar lokasi ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Dengan termetrinya penyerahan memorandum kepada wakil presiden MPT dan juga program bantahan rasmi yang diadakan di al-Kauthar pada Jumaat lepas, adalah diharapkan agar pihak-pihak yang ingin digerudi sambil menjual gerudi bagi mendapatkan pulangan supaya dapat inayah agar segera membatalkan konsert ini secara serta-merta tanpa sebarang keraguan dan kompromi. Ramai lagi artis tempatan yang berimej jauh lebih bersih dan baik yang boleh diketengahkan dan tidak perlulah mengimport produk yang boleh membawa kesan sampingan kepada masyarakat.

Tetapi sekiranya masih diteruskan juga, pejuang hijau-putih dan NGO lain boleh mencari alternatif lain seperti mengedarkan risalah tentang padah hiburan melampau kepada komuniti kita ini bagi tujuan pendidikan. Kalah tidak semestinya perjuangan berakhir, itulah adab-adab berjuang.

Kredit gambar: PAS Tawau

Labels: ,

posted by sulfat
2:47 PM

1 comments

Its Not Fair, Its PC Fair.

Saturday, May 8, 2010


Pikom PC Fair kembali lagi! Seperti mana kebiasaan, inilah event yang dinantikan oleh ramai rakyat Tawau khusus untuk mendapatkan peralatan komputer mahupun accessories dan gadget sampingan yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

iPAD, belum terdapat dalam pasaran lagi.
Pada tahun ini, aku secara jujurnya mendapati booth yang berkurangan selain teknologi yang disedia masih kurang up-to-date. Tapi, bersandarkan pada faktor geografi Tawau yang agak jauh dari metropolis, berkemungkinan teknologi terkini tu masih dalam perjalanan ke sini. Anyway, disebalik kekurangan itu, majlis ini perlu terus menerus dianjurkan. Way to go, PIKOM!


Aku selalunya akan berbelanja untuk benda-benda kecil yang murah semasa PC Fair spt ink catridge, pendrive dan itu sahaja. Yang selebihnya hanya untuk meninjau dan menambah ilmu tentang perkembangan dan taktik penjualan barangan ICT.
Antara produk yang menarik perhatian aku adalah BenQ LCD Projector yang setelah difikirkan jangka hayat bulb dan harga bulb barunya menyebabkan aku membuat kira-kira dalam medula oblangataku, 8 jam sehari dalam setahun = 1 unit bulb = RM 600++. Wow.

A K U | Teringat semasa sembang dengan rakan sekerja pagi tadi tentang PC Fair ni. Rakan tersebut tanya apa yang dicari dalam PC Fair? Aku dengan spontan cakap CARI PARKING then baru boleh fikir cari apa yang perlu dibeli. Hehe.

Labels:

posted by sulfat
10:55 PM

1 comments

The Making Of ASPIRASI 2010

Thursday, May 6, 2010







It is quite busy week for all the people of SMKMB. Apart from, Science and Mathematics' week, the photography sessions for the upcoming ASPIRASI, the official schools' mag, were also conducted within this week. So, when it comes to PHOTOGRAPHY session, both students and teachers appearance were also upgraded and totally changed...I mean elegant. Thanks to Mr. Saripudin from Sariwarna for being our sole mag publisher for the second time in row, and thanks for being patient as well especially in doing the alignment for our positions during the snapshots.

Labels:

posted by sulfat
8:17 PM

3 comments

A Letter From Mr. Google

Sunday, April 25, 2010


This is my first time receiving a letter form the company with colorful wordings named Google. At first I was quite amazed and can't hardly wait to open and read it on the spot in front of my home mailbox...its all caused by the one line words with red colored font on the envelop.

After read it, my interest in receiving this letter gone. With the adwords tagline, it is about advertise business on Google. But maybe I can apply this benefit to my friends who owned businesses. No matter what your budget, you can display your ads on Google and our advertising network. Pay only if people click your ads. So now I've got RM 150 to be spent and see if its really worth it.


e your business or your business off.

Labels: ,

posted by sulfat
2:30 PM

0 comments

Jurugambar Berusia 3 Tahun

Saturday, April 24, 2010






Anak sulungku ni kira kreatif jugak, selain pandai mengubah suai rupa makanan seperti entri sebelum ini, AIE jugak berkebolehan mengambil gambar. Di atas merupakan antara koleksi gambar yang diambil oleh AIE.

Labels:

posted by sulfat
10:15 PM

0 comments

Salah Eja







Aku memang jarang menonton TV kebelakangan ni sebab kebanyakan rancangan kesukaanku hanya ke udara weekend. Tapi, semalam ketika melayan kebosanan tiada rancangan yang menarik perhatian, aku meninjau info di setiap channel ASTRO yang aku langgan, beberapa kesilapan ejaan berlaku dan ini menarik minatku untuk merakamkan kesilapan ejaan berkenaan. Memang tiada kesempurnaan dalam apa yang dilakukan manusia, tetapi dengan peningkatan kos bayaran bulanan, ASTRO sepatutnya mengambil berat isu ini yang mungkin pada mereka sangat remeh dan temeh.

Labels: ,

posted by sulfat
10:02 PM

0 comments