"Kalau kamu mahu berjaya, kamu kena fokus setiap kali cikgu mengajar!" Seringkali perkataan fokus dilontarkan lantaran pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa dalam kelas. Sebagai akibatnya, tidak fokus dalam mentelaah akan memberikan kegagalan dalam ujian, peperiksaan mahupun ketika melakukan pekerjaan yang lain. Pusat konsentrasi ini memang sukar untuk dijelmakan ketika diri kita sendiri belum bersedia untuk menerima apa yang sedang dilalui pada ketika itu. Itu baru satu kerja, bagaimana pula sekiranya kita diarahkan untuk melakukan beberapa tugasan dalam masa yang sama? Adakah fokus kita akan terbahagi sama rata pada tugasan tersebut atau fokus kita pudar, hilang dan mula beralih perhatian pada benda lain. Sebagaimana rajah di atas menunjukkan ilusi sekiranya kita tidak fokus(focus dalam warna merah), maka gangguan dari persekitaran(huruf lain yang berwarna hitam akan kelihatan bergerak-gerak) akan mula membayangi fikiran dan tumpuan kita.
Bagaimana pula kesannya sekiranya terlalu fokus memerhatikan rajah di bawah?
Bagaimana pula kesannya sekiranya terlalu fokus memerhatikan rajah di bawah?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home