Sebuah lakonan santai untuk subjek BM Ting. 4
Trailer: 5 September 2009
Full Version: 16 September 2009
Trailer: 5 September 2009
Full Version: 16 September 2009
SINOPSIS | Pegawai berbangsa Melayu bertugas dengan Inggeris. Dia datang ke kampung untuk menangkap orang-orang kampung yang cuba menentang pemerintah Inggeris. Penentang-penentang tersebut cuba menuntut kemerdekaan. Pegawai Melayu itu memperlekeh kemampuan orang-orang kampung dengan mengatakan mereka jauh ketinggalan. Oleh itu, mereka dikatakan tidak layak menuntut kemerdekaan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat kampung yang menyokong Inggeris.
PERSOALAN | Pemikiran Semangat nasionalisme dalam diri rakyat telah dibangkitkan oleh pemerintah Inggeris dan Jepun. Rakyat menuntut kemerdekaan negara.
PENGAJARAN | •Kita hendaklah mengutamakan kepentingan bangsa, agama, dan negara lebih daripada kepentingan diri sendiri. •Kita hendaklah mematuhi peraturan hidup bermasyarakat dengan mengamalkan sikap saling menghormati dan menyanjung tinggi apa-apa hasrat yang terpuji. •Kita hendaklah mempertahankan apa-apa pendirian kita dalam apa-apa juga keadaan. Usah terpengaruh dengan pendapat orang lain. •Kita tidak harus meremehkan orang yang kita anggap lemah.
A K U | 1. Pelakon sedaya upaya membawa watak sebaiknya walaupun sangat kurang dari segi persediaan terutama peralatan. 2. Pelakon berada di kelas H yang bersemangat tinggi untuk menjayakan drama. 3. Sesuai buat rujukan tambahan subjek tersebut. 4. Kembali ke PENGAJARAN yang terakhir di atas.5. Tahniah kepada semua pelakon yang bertungkus-lumus mahu berlakon walau banyak kekurangan sana dan sini. 6. Bangga dengan semua pelajar kelas tersebut.
2 Comments:
congrat untuk cikgunya....kelas H tu...bukan calang2....
sape cikgunya tue???
Post a Comment
<< Home