Surat saman yang dikeluarkan kepadaku.
Oleh kerana tiada parking space yang available di pasar ikan, maka aku terpaksa mencari tempat parking selepas menurunkan parentsku di pasar ikan. Akhirnya aku berjaya menemui tempat parking dan terus meletak kereta di situ. Walaupun kedudukannya agak jauh dari imigresen, bagi aku adalah lebih baik jika dibandingkan meletak kereta sembarangan dan membelakangkan undang-undang trafik. Selepas urusan check in parents selesai, maka aku kembali semula ke kereta untuk bergegas pergi ke Bebika Sungai Udin kerana terdapat program yang melibatkan pelajar aku di sana.
Di bawah kertas saman tu merupakan sticker Kelab Penyokong Pasukan Liverpool Malaysia(LSCM)
Setibanya aku di tempat parking tadi, aku sangat terperanjat dengan sekeping note yang pada awalnya kusangka tiket parking terletak di bahagian hadapan cermin. Note tersebut merupakan sekeping kertas saman lalulintas dengan menyatakan kesalahan meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas. Aku terkedu seketika melihat saman itu dan terus memerhatikan kedudukan kereta aku yang pada pengamatanku berada dalam parking lot yang betul dengan garisan petak parking yang berwarna kuning jelas kelihatan di atas jalan.
Jenis kesalahan yang dibulatkan membolehkan pesalah dikompaun RM30.00
Aku terus meluru ke arah pegawai trafik yang bertugas menagih penjelasan. “Kenapa saya disaman ya cikgu sedangkan saya parking di tempat yang sewajarnya?”Soalku. “Encik meletakkan kenderaan di kawasan laluan ke kawasan kastam.”Jawab beliau.”Tapi cikgu, cuba perhatikan garisan kuning parking tu, masih jelas dan saya memang tidak tahu yang saya ndak boleh parking di kawasan meletak kereta?”Pegawai trafik bernama Hanafi terus menjawab”Sepatutnya garisan kuning tu sudah dipadam. Tapi encik boleh pergi ke balai untuk buat rayuan.”Aku yang tidak puas hati terus menyoal semula”Boleh jumpa pegawai cikgu sekarang?””Hari ni Sabtu, encik datang Isnin depan, office hours.”Katanya sambil terus berlalu.
Garisan kuning masih sangat jelas kelihatan walaupun ada tanda-tanda sudah dipadam. Parking attendant pun masih meronda kawasan ini.
Aku yang masih termangu-mangu terus merakam beberapa keping gambar kejadian sambil mula menyedari yang saman tersebut adalah wajar tetapi pada masa yang sama aku tetap tidak dapat menerimanya kerana petak meletak kereta yang berwarna kuning itu cukup jelas kelihatan.
Agak mengelirukan lencongan ke kanan bertentangan yang diwujudkan pada jalan sehala.
Banyak lagi kenderaan lain TERKENA dengan saman yang dikeluarkan.
Pada hari Isnin, selepas pulang dari kerja aku terus pergi ke IPD Tawau untuk mempersoalkan kewajaran saman aku ni. Mula-mula di bahagian kaunter pembayaran saman, selepas menyatakan tujuan kedatanganku, aku diminta untuk berjumpa dengan pegawai mereka yang bernama Tn. Darwis yang pejabatnya terletak di bahagian belakang blok kaunter itu.
Sambil bergerak menuju ke bangunan yang dimaksudkan, aku teringat kata-kata petugas kaunter tadi” Encik, kalau surat saman ni sudah dilkeluarkan, encik kena bayar jugaj, tidak boleh ditarik balik.” Tapi bila tiba di pejabat C.A.R.S tu, aku dilayan dengan endah tak endah oleh seorang pegawai sambil menyatakan Tn. Darwis baru sahaja keluar. Pegawai bernama Hanif itu terus berlalu sambil pergi ke bilik sebelah makan buah rambutan dengan rakan-rakan trafik yang lain. Selapas itu, bilik C.A.R.S lengang tanpa kelibat sebarang manusia kecuali aku untuk tempoh lebih kurang 5 minit.Dalam keresahan menunggu tu sempat jugak aku mengambil gambar pejabat ini yang kelihatannya tidak terurus dengan kesemua air-cond di dalamnya tidak berfungsi.
Suasana lengang tanpa kelibat trafik ini kurakam ketika sedang bosan menunggu.
Kemudian datang seorang pegawai trafik wanita yang cuba menanyakan tujuan kedatanganku. Selepas mengetahui yang aku ingin bertemu dengan Tn. Darwis, pegawai wanita tu terus bertanya”Sudah call Tn. Darwis?”Aku yang dari tadi sabar menunggu kehadiran kelibat trafik di situ terus berkata “Saya tiada no. telefonnya, lagipun saya tidak kenal siapa Tn. Darwis tu.” Pegawai wanita tu bergerak ke mejanya sambil melayan seorang mangsa saman yang baru tiba. Sangkaanku dia akan call si Tn. Darwis tu, tapi tidak pulak dibuatnya. Selepas mangsa saman tadi beredar aku terus bertanya”Puan, boleh tolong hubungi Tn. Darwis, lama sudah saya menunggu ni.” JAwaban mengejutkan yang terkeluar daripada mulut pegawai wanita itu ialah”saya boleh bagi no. henponnya, tapi encik sendirilah yang call, jangan bagitau saya yang bagi.”Terkejut dengan jawapan itu, lantas aku soal lagi”kenapa puan tidak boleh call dari pejabat ni? Inikan urusan rasmi.”Sambil aku mengambil gambarnya tanpa pengetahuannya, dia menjawab yang dia khuatir Tn. Darwis akan marah kerana bimbang kalau-kalau tuannya itu sedang bermesyuarat.”Dia akan marah kalau diganggu semasa mesyuarat”Tambahnya lagi. Kira power jugak aura dan kuasa tn Darwis ni sampai stafnya takut mau call dia walaupun ada urusan rasmi sekalipun. “Kalau begitu, selain Tn Darwis, siapa lagi yang boleh saya jumpa untuk berurusan?”Tanyaku. “Encik boleh pergi semula ke bahagian kaunter saman dan berjumpa dengan Tn. Zaidi. Tanpa banyak songeh aku pun terus pergi semula ke tempat tadi.
Pegawai trafik wanita yang cuba membantu tetapi bagi aku pelik bunyi bantuannya itu. Terima kasih Puan.
“Encik boleh masuk terus ke dalam, Tn. Zaidi ada dalam bilinya.” Kata petugas kaunter. Tapi apa yang mendukacitakan ialah si Tn. Zaidi menolak untuk berjumpa dengan alasan dia sibuk.”Maaf encik, encik boleh berjumpa dengan Tn. Darwis kerana Tn Zaidi sangat sibuk sekarang.”Kata seorang lagi petugas kaunter. Aku masih cuba menahan sabar sambil bertanya siapa lagi yang boleh kutemui selepas kedua-dua Tuan Pegawai Traffik tu SIBUK.
Lantas petugas kaunter mencadangkan seorang pegawai yang bagi ku seakan-akan pegawai yang baru posting di Tawau ni, Tn Rasyid empunya diri. Aku yang kurang yakin untuk berurusan dengan Tn Rasyid ni kerana dari tadi aku lihat dia sibuk makan rambutan dengan rakan-rakan trafiknya di blok sebelah tadi. Si Tuan Rasyid ni terus bawa aku ke bilik Sarjan Major Badri(dia mendummy tugas nampaknya).
Akhirnya aku berjumpa jugak dengan pegawai(walaupun bawahan)yang serius mengambil penjelasan daripada aku. Tapi Tn. Badri ni pun mempertahankan stafnya yang mengeluarkan saman dan menyatakan saman di tempat kejadian sering dikeluarkan. Aku menegaskan, pihak polis seharusnya memastikan garisan kuning tempat parking itu dipadam betul-betul sebelum mengeluarkan saman, dia menyatakan bukan pihak polis yang bertanggungjawab, dia sebaliknya menyalahkan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) atas masalah itu. Aku bertegas yang aku datang bukan untuk mencari salah sesiapa, aku cuma tidak puas hati dengan kecuaian pihak yang berwajib(tidak padam cat kuning), aku dan mungkin ramai lagi mangsa saman di tempat kejadian sama akan terus ditindas di atas ketidakwajaran ini. Tn. Badri kemudian memberi jaminan yang dia akan segera ke lokasi kejadian untuk mempastikan kesahihan aduan saya dan kemudian akan sendiri berhubung dengan pegawai MPT bagi mengatasi kemelut ini. Lega dengan jaminan yang diberikan, aku berlalu keluar.
Dalam kereta, aku teringat-ingat kepada dua perkara di bawah:
1. VISI CAWANGAN TRAFIK
Labels: Et cetera
1 Comments:
biasala kita kalo org kecik nie selalu dibuli.....1Malaysia pemimpin diutamakan rakyat campak kelaut..
Post a Comment
<< Home