Sekolah SEMAKIN menghampiri cuti panjangnya, pelajar SEMAKIN kurang kehadirannya, guru SEMAKIN menimbun tugasnya, calon exam SEMAKIN bertambah stressnya, program menjelang cuti SEMAKIN banyak jadinya, meeting akhir SEMAKIN aktif mengambil tempatnya, tugasan pengkeranian SEMAKIN dekat duenya, hari-hari balik kampung SEMAKIN tiba harinya.....(tambah lagi dengan menggunakan format ..............SEMAKIN....)
Dalam kesibukan melunaskan tugasan SEMAKIN, aku tertarik dengan kebolehan pelajar yang SEMAKIN kreatif dalam menyatakan sokongan mereka terhadap pasukan bola sepak kegemaran mereka. Pada mulanya, aku menggeleng-gelengkan kepala dengan pelbagai jenis contengan vandal pada harta HAK MILIK KERAJAAN, tapi bila terpandang Rajah 1 membuatkan aku kagum dalam hati dengan kehebatan BI yang digunakan....sambil aku bersetuju dengan statement kedua Hate M.UNITED FOREVER!!!
Bagaimana pula dengan Rajah 2 di bawah ini? Boleh kenalpasti kesalahannya?
Rajah 2
Berbalik kepada pokok pangkal, gejala vandal atau salah-laku-musnah ini SEMAKIN menjadi-jadi di sekolah. Banyak jugak kaedah yang sudah digunapakai dan keputusannya masih sama mendukacitakan. Penanaman aspek moral selain denda yang dikenakan masih tidak dapat memberikan pulangan yang diharapkan. Mentaliti perosak ini yang menyebabkan kantung kontaktor penyelenggaraan atau pembekalan peralatan/perabot SEMAKIN penuh.
Melepaskan geram?kebosanan?masalah sosial? alasan yang sering dilontarkan tatkala siasatan dijalankan, alasan-alasan ini wajar dipertimbangkan bagi kita merungkai persoalan penyebab kepada gejala ini SEMAKIN membiak.
sumber foto:kaskus.net
AKU | sick, tired and purified.
Melepaskan geram?kebosanan?masalah sosial? alasan yang sering dilontarkan tatkala siasatan dijalankan, alasan-alasan ini wajar dipertimbangkan bagi kita merungkai persoalan penyebab kepada gejala ini SEMAKIN membiak.
sumber foto:kaskus.net
AKU | sick, tired and purified.
Labels: Et cetera
1 Comments:
solution???....mak bapak kasi deposit RM300 and above bagi setiap anak ....ujung tahun ambil balik....kalau ada kerosakan tolak duit tu....kalau tak berlaku apa2 kurang2 satu org anak dah ada RM 300 untuk tahun hadapan...cam sewa rumah...
Post a Comment
<< Home