Sebuah usaha murni yang didokong oleh syarikat pengeluar kenderaan terkemuka VW. Laman web ini mendokong sesuatu yang menyeronokkan akan dapat mengubah sikap dan mentaliti masyarakat dengan sekelip mata! Salah satu projek mereka ialah menggalakkan masyarakat membuang sampah ke dalam tong sampah berbanding budaya membuangnya merata-rata.
Penerapan elemen media yang menyeronokkan ternyata dapat menarik perhatian masyarakat untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Statistik yang dikeluarkan juga amat memberangsangkan dengan 72kg sampah terkumpul berbanding 31kg sebelum ini. Kerajaan negara kita rasanya perlu mengambil pendekatan ini bagi merubah sikap segelintir masyarakat yang masih mengabaikan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.
Di bawah ini merupakan satu lagi projek mereka yang menggalakan masyarakat mengutamakan kesihatan.
Di bawah ini merupakan satu lagi projek mereka yang menggalakan masyarakat mengutamakan kesihatan.
Ternyata, untuk melakukan sesuatu yang positif, kita perlu disogokkan terlebih dahulu dengan keseronokkan. Kita boleh berubah. Ini yang dinamakan The Fun Theory.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home