LONDON: Gambar ini diambil ketika seorang pekerja sebuah syarikat di sini cuba untuk membunuh diri akibat krisis kegawatan ekonomi global. Kejadian yang menggemparkan sebilangan besar orang ramai yang lalu-lalang di situ menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk berlaku. Daripada sumber yang boleh dipercayai, lelaki ini tidak sanggup untuk menghadapi kenyataan kerana bebanan dan komitmen yang terlalu banyak sedangkan pendapatan bulanannya masih berada pada takuk lama. Kenaikan harga barang dan desakan hidup memaksa beliau memilih untuk terjun dari bangunan di mana beliau bekerja.
Menurut seorang doktor yang secara kebetulan berada di tempat kejadian, "Orang-orang yang murung dianggap sebagai kumpulan risiko tinggi untuk tingkah laku bunuh diri. Talian-talian penting bunuh diri boleh didapati dengan mudah, dan mungkin dapat membantu. Bagaimanapun, sambutan yang negatif dan yang seringnya terlalu klinikal (umpamanya dicap, diugut akan dipenjarakan, atau diberikan dos perubatan yang lebih tinggi) oleh pakar-pakar perubatan telah mengakibatkan banyak orang yang mahu membunuh diri menjawab dengan lebih berhati-hati tentang sejarah kesihatan mental atau fikiran-fikiran membunuh diri mereka. Ini telah menjejaskan keberkesanan sebilangan rawatan."
Ketika gambar ini diambil, lelaki ini sempat menjerit "damn you....I'm about to suicide here and both of you able throw that kind of smile at me?!!!"
p/s: H A M P E H
Labels: Et cetera