LONDON: Gambar ini diambil ketika seorang pekerja sebuah syarikat di sini cuba untuk membunuh diri akibat krisis kegawatan ekonomi global. Kejadian yang menggemparkan sebilangan besar orang ramai yang lalu-lalang di situ menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk berlaku. Daripada sumber yang boleh dipercayai, lelaki ini tidak sanggup untuk menghadapi kenyataan kerana bebanan dan komitmen yang terlalu banyak sedangkan pendapatan bulanannya masih berada pada takuk lama. Kenaikan harga barang dan desakan hidup memaksa beliau memilih untuk terjun dari bangunan di mana beliau bekerja.
Menurut sumber itu lagi, lelaki ini merupakan seorang yang berpewatakan ceria sebelum ini dan sangat komited dalam pekerjaannya. "Beliau merupakan antara tulang belakang syarikat kerana sikap ringan tulangnya dan sering berada dalam pejabat pada masanya." Ditanya samada lelaki tersebut mempunyai masalah sebelum ini, sumber tersebut menegaskan bahawa lelaki ini tidak pernah menunjukkan sebarang petanda yang dia memunyai masalah kerana perwatakan cerianya sebelum ini sering mengaburi mata rakan-rakan lain.
Menurut seorang doktor yang secara kebetulan berada di tempat kejadian, "Orang-orang yang murung dianggap sebagai kumpulan risiko tinggi untuk tingkah laku bunuh diri. Talian-talian penting bunuh diri boleh didapati dengan mudah, dan mungkin dapat membantu. Bagaimanapun, sambutan yang negatif dan yang seringnya terlalu klinikal (umpamanya dicap, diugut akan dipenjarakan, atau diberikan dos perubatan yang lebih tinggi) oleh pakar-pakar perubatan telah mengakibatkan banyak orang yang mahu membunuh diri menjawab dengan lebih berhati-hati tentang sejarah kesihatan mental atau fikiran-fikiran membunuh diri mereka. Ini telah menjejaskan keberkesanan sebilangan rawatan."
Ketika gambar ini diambil, lelaki ini sempat menjerit "damn you....I'm about to suicide here and both of you able throw that kind of smile at me?!!!"

Sumber dari wikipedia pula menyatakan di negara-negara yang senjata api boleh didapati dengan mudah, banyak kes membunuh diri melibatkan penggunaannya. Sebenarnya, melebihi sedikit 55% daripada kejadian membunuh diri yang dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 2001 adalah membabitkan senjata api. Kaedah-kaedah pengasfiksian, termasuk gantung leher, serta peracunan dan dos berlebihan) adalah agak biasa juga. Setiapnya merupakan lebih kurang 20% daripada kes bunuh diri di Amerika Syarikat pada tempoh yang sama. Kaedah-kaedah bunuh diri yang lain termasuk trauma kekerasan (umpamanya, lompat dari bangunan atau jambatan, atau melangkah ke hadapan kereta api), pelepasan darah (menoreh pergelangan tangan atau kerongkong), pengorbanan diri, bunuh diri dengan kejutan elektrik, perlanggaran kereta, dan kebuluran sengaja.
Ketika gambar ini diambil, lelaki ini sempat menjerit "damn you....I'm about to suicide here and both of you able throw that kind of smile at me?!!!"
p/s: H A M P E H
Labels: Et cetera
0 Comments:
Post a Comment
<< Home