<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/09170572823510917878" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- data-ad-client=ca-pub-1289784518577206 --> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5425509509891045753?origin\x3dhttp://sulfat.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

SIRI 1MALAYSIA: 1INUL DARATISTA

Sunday, May 23, 2010


Rasanya sesuai kalau diwujudkan entry SIRI 1MALAYSIA yang mana kalau anda lihat di sekeliling, hampir kesemua jenama dan apa sahaja program yang dibawakan mesti dimulakan dengan nombor 1 terlebih dahulu barulah jenama atau tema muncul kemudian.

Kali ini kita muncul dengan konsert 1INUL DARATISTA yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, 29 Mei nanti. Tidak silap dalam 2 tahun lepas ketika dihebahkan artis ini akan membuat persembahan di Johor, ramai pihak tampil ke hadapan dan dengan tegasnya membantah penganjuran konsert itu sehinggakan pihak penganjur terpaksa mencari alternatif dengan mengubah venue dan tarikh bagi meleraikan bantahan. Tetapi suara menentang ratu gerudi seberang ini bertambah kuat gemanya hinggakan si Inul tampil menangis sedih bahkan hampir pengsan mengenangkan nasib malangnya dan rasa bersalah kerana konsertnya dibatalkan akhirnya.

Nah, sekarang oleh kerana Johor dan KL tidak dapat diterobos, ada juga rakyat negara ini begitu simpati dengan si Inul dengan menaja dan membawanya untuk mengadakan persembahan ghairahnya di Tawau....ya betul tu, di T A W A U. Lantas, bagaimana kali ini, artis yang tidak dapat tembus ke Johor dan KL boleh tembus ke TAWAU? Untuk mendapatkan lesen dan permit bagi mengadakan konsert gerudi di Tawau, anda hanya perlu meletakkan nombor 1 sebelum nama artis itu, walaupun artis tu datang dari seberang!

Dan hasilnya, konsert ini direstui maka terpampanglah banner di segenap pelosok daerah ini Konsert 1Inul Daratista.Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), agensi Kerajaan termasuk pihak MPT, Polis, Majlis Agama Islam, Imigresen dan lain-lain, seharusnya sudah mengambil ikhtibar akan bantahan yang pernah wujud sebelum ini.

Hmmm, mungkin banyak lagi faktor lain yang menghalalkan gerudi ni singgah ke sini tapi mujurlah dengan adanya kepekaan dan keperdulian sekumpulan insan yang bertemu dalam taat, bersatu dalam perjuangan untuk membantah sekeras-kerasnya kesinggahan gerudi cap merah-putih itu ke sini.

Adakah sang Inul ini masih tidak serik untuk datang ke bumi 1Malaysia ini? Kita saksikan jawapannya......

"Saya tidak serik dan tidak akan merajuk bahkan Malaysia tetap di hati."

Demikian tegas ratu dangdut goyang gerudi, Inul Daratista yang kelmarin begitu kecewa setelah Konsert Inul Daratista Live in JB yang sepatutnya berlangsung di Larkin, Johor Bahru malam tadi dibatalkan.

"Ketika itu, segala peraturan yang telah ditetapkan berjaya saya lunaskan, apa lagi sekarang, kerana saya sudah berstatus Hajah," beritahu Inul yang kembali ceria apabila konsert di Johor Bahru itu telah bertukar lokasi ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Dengan termetrinya penyerahan memorandum kepada wakil presiden MPT dan juga program bantahan rasmi yang diadakan di al-Kauthar pada Jumaat lepas, adalah diharapkan agar pihak-pihak yang ingin digerudi sambil menjual gerudi bagi mendapatkan pulangan supaya dapat inayah agar segera membatalkan konsert ini secara serta-merta tanpa sebarang keraguan dan kompromi. Ramai lagi artis tempatan yang berimej jauh lebih bersih dan baik yang boleh diketengahkan dan tidak perlulah mengimport produk yang boleh membawa kesan sampingan kepada masyarakat.

Tetapi sekiranya masih diteruskan juga, pejuang hijau-putih dan NGO lain boleh mencari alternatif lain seperti mengedarkan risalah tentang padah hiburan melampau kepada komuniti kita ini bagi tujuan pendidikan. Kalah tidak semestinya perjuangan berakhir, itulah adab-adab berjuang.

Kredit gambar: PAS Tawau

Labels: ,

posted by sulfat
2:47 PM

1 comments

Penangan Abbey Road

Friday, February 19, 2010


Foto di atas pernah ku tatap beberapa kali sebelum ni, tapi baru hari ni terperasan yang Sir Paul McCartney melintasi Abbey Road Crossing tu berkaki ayam! Foto ini yang dijadikan cover bagi album mereka yang mengambil nama sempena kawasan studio rakaman mereka ni dirakam pada tahun 1969. Hebatnya seni foto di atas ni menyebabkan beberapa artis terkenal membuat kulit depan album mereka berinpirasikan Abbey Road ni. Antaranya RHCP dan Kanye West.


Terdapat juga beberapa siri kartun kegemaran anak-anak yang menggunakan seni foto ini sebagai latar belakang mereka. Olahan yang menarik ini dapat dilihat pada siri kartun The Simpsons, Pocoyo dan juga Sesame Street.



Selain itu, seni foto ini juga banyak yang diubahsuai secara photoshop oleh segelinit peminat yang meminati kumpulan ini. Tetapi kebanyakannya seperti mempersendakan karya ini.

(Simbolik kepada anggota Beatles yangmasih hidup)
Tidak kurang juga ada yang terikut-ikut dengan gaya Fab-Four ini berjalan ketika melintasi zebra crossing ni.
Apapun, The Beatles tetap berada dalam senarai elit lagenda penghibur terbaik yang pernah wujud di muka bumi ini. Walaupun lahir di era kegemilangannya yang sudah berlalu, aku masih tetap mendengar lagu-lagu epic daripada mereka ini. Masih teringat tatkala pelancaran album Anthology pada tahun 1995, masa tu baru lepas SPM, aku sanggup mendengar radio 4 sejak awal pagi menunggu lagu single pertama dari album tersebut dikeudarakan pertama kali secara nationwide...Free as a bird.

Labels: ,

posted by sulfat
10:43 PM

1 comments

KEJAR

Sunday, January 3, 2010



kejar

mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, bersungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang;

mengejarkan 1. menghantar atau membawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya mengejar (seseorang atau sesuatu);

terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul);

terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, tergesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah;

kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung;

pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan


Sumber terjemahan: melayuonline.com


AKU | Melangkah 2010, banyak yang perlu dikejar dan aku pun turut dikejar. Lagu ni dicipta sepenuhnya dengan menggunakan desktop lamaku yang kini sudah terlantar tidak berdaya. Dengan bantuan perisian FL Studio(thanks sahabatku Sudin Lappo), lagu ini tidak menggunakan sebarang alat muzik! Hanya papan kekunci dan sang tetikus usangku yang bekerja keras dalam menyiapkan lagu ini selain lagu Kunchoro dan lagu sekolah Merotai. Namun selepas lagu ni siap, aku sudah tidak bermain-main dengan FL lagi kerana ianya memerlukan masa yang sangat banyak dalam meyiapkan skor musik dan bermacam-macam lagi kerja lain yang perlu dibereskan. Terimalah K E J A R @ bubut. Klik pada sulfatspace untuk versi mp3.


Labels: ,

posted by sulfat
3:42 PM

0 comments

dan Ramadhan pun berlalu....

Friday, September 18, 2009


Masih di takuk lama
aku ndak pernah berubah
malam-malam terakhir yang dikejari
masih seperti sebelum ini
hadir dan mangkir
aku tau yang pahala akan terukir
dan Ramadhan pun berlalu
aku tetap begitu...selalu

Walau aku masih begini
Banyak yang perlu disyukuri
perubahan menakjubkan berlaku di sekelilingku
aku bangga berada dalam lingkukanMu
di kala malam menjadi satu per tiga
aku hapus dalam jelaga
juga hapus ditelan karam
dan akan hapus dalam
semua
dan Ramadhan pun berlalu
aku mahu jadi begitu




KARAMHANGUS


MATAKU MEMBANJIR RINDUKU KEHENDAKNYA
HATIKU MEMBAKAR DI API
NAFSUNYA
DALAM SEMUA AKU HAPUS
DALAM BANJIR KARAM DALAM API
HANGUS

song&lyrics_by_sulfat


Labels: ,

posted by sulfat
5:36 AM

1 comments

Volumed10...the past and present

Wednesday, December 24, 2008




It was back in 1996 where 4 students from a college in KK; Kole, Raf, Pyan and Cyril teamed up to form a band called volume10. With the influence from the seattle sounds, and local power house band Butterfingers, they often jammed in a studio in AsiaCity. Weekends was the day for those 4 geeks to runaway from the busy and hectic of being a students, the studio(Forgot the namelah), fast became the group study center to experience the electric sounds of music instead of the gitar kapok and ketuk meja things in hostel. Though, jamming was only for pleasure whereas study still the top priority and they were really mean it. In 1998, they were met again in a campus but Cyril had other sight in joining the metal group led by fellow friend, Aloy. Then, Bagax turned up and bashing the drumstick for fun! Ejam was all of sudden joined the group as bassist and it completes the line up.

Year 2000, this group had an invitation from Zeal Jamming Zone which was base in Karamunsing, KK, to perform at a gig called Local Youth Band Show Performance. This was the highlight of their musical career where the invitation was only for certain music groups in KK. Playing their self-composed materials at that occasions was a high stake just because of no one knows the band yet. Besides, the other bands were already established with experiences becoming setlist centralized in KK underground scene.

The most memorable performance was back in 2000 UMS Tamu Gadang, heavy rain dropped suddenly as the group took stage."Tu lah, apsal buat gig dekat majlis mcm ni???kan dah diturunkan tanda yg gig ni tidak dialu-alukan." Commented by a student on that tragic night. Since then, the group dissolved acrimoniously in 2001, and each member pursued their own career....and of cause it is not music.

Bagax - Teacher, Kole - Chemist, Ejam- Engineer, Pyan - Educator, Raf - Petroliam Nasional

Cheers.



Labels:

posted by sulfat
11:57 PM

2 comments