Sedikit petikan berita yang dipetik dari bhonline berkaitan isu di atas:
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, dalam era teknologi maklumat ketika ini, kenyataan Rais yang mudah tersiar di seluruh dunia itu dikhuatiri akan menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada sektor pengajian tinggi negara. Sehubungan itu, beliau meminta Rais menjelaskan secara terperinci kenyataannya itu dan menurutnya beliau akan merujuk perkara itu pada mesyuarat Kabinet, Rabu depan.
AKU | Dalam era teknologi maklumat ketika ini, macam-macam yang boleh dilakukan dan bukan setakat menimbulkan persepsi seperti yang didakwa. Even, tanpa teknologi canggih sekalipun, penipuan memang sudah sedia bermaharajalela di mana-mana. Dalam konteks palsu ni, negara kita sudahpun melahirkan rasul palsu yang kini mengaku kesalahannya. Selain itu, aku tengok gelaran Datuk juga semakin ramai dan kelihatan sangat mudah untuk dimiliki tanpa perlu banyak menabur jasa dan bakti kepada pertiwi. Wang palsu, produk palsu, berita palsu, link bank palsu, pakar perubatan palsu, pengakuan palsu, artikel palsu, dokumen palsu, surat sakit palsu, dakyah palsu, serba-serbi palsu juga makin bercambah dan semua ini memangsakan ramai rakyat tulen negara ini. Akhirnya yang palsu kelihatan lebih tulen daripada yang tulen, dan apa yang perlu kita jaga hanyalah pandangan orang atau masyarakat....itu yang perlu dijaga. Kita lebih risau dan takutkan pandangan orang terhadap kita sedangkan jelas kita sudah buat salah.Teringat pada sedikit perbualan di awal Syawal baru-baru ni, Macam mana dia boleh dapat title tu? apa sumbangannya? Kalau darjat yang setinggi itupun boleh dijual beli, ni kan lagi benda-benda lain?apa lagi benda yang ndak boleh di beli?Mana SPRM? Kembali semula kepada tajuk, tanpa pemalsuan, sememangnya negara kita sudah melahirkan ramai ilmuwan yang disegani seantero bumi, pusat penghasilan ilmuwan dalam negara juga terus bertambah. Menurut Henry Ford Sesiapa yang berhenti belajar akan menjadi tua walaupun berusia 20 tahun. Sesiapa yang terus belajar akan sentiasa muda meskipun berusia 80 tahun kerana mindanya sentiasa subur dan segar. Kesian pula dekat mereka yang selayaknya mendapat pekerjaan tetapi dinafikan dengan orang palsu dengan kelulusan palsu. Bagaimana sekiranya golongan pemimpin masa mendatang yang mentadbir dengan ilmu palsu yang dimiliki? Kalau iya pun mau buat palsu, buatlah gigi palsu , kaki palsu yang banyak manfaat kepada orang yang memerlukan. Akan tetapi, petikan artikel di atas disangkal kerana ICT bukan hanya pencetus sensasi, bahkan juga pencetus pemalsuan di pelbagai agensi.Ini bukan basah basi.

Labels: politics
1 Comments:
akhir zaman....org2 yg tidak pandai akan menjadi pemimpin....nie salah satu nya la..tak mau belajar tapi ada hati mau hidup senang.....
Post a Comment
<< Home