Penangkap: Anda ditangkap kerana meminum arak sedangkan anda beragama Islam.
Bersalah: Sejak bila pulak orang minum benda ni ditangkap???Ramai lagi orang Islan di dalam ni dan di luar sana yang bebas menikmati minuman ini…..
Selang beberapa hari kemudian…
Bersalah: Ok, aku mengaku bersalah kerana minum arak tu haram……
Pengadil: Anda akan dijatuhi dengan hukuman sebat 6 kali.
Bersalah: Ok, aku sedia terima hukuman walau dibuat di tempat awam sekalipun…
Penghukum: Kita tunda proses hukuman kerana menghormati Ramadhan.
Berkuasa: Sebaik-baiknya Bersalah merayu untuk diringankan hukuman….
Bersalah: Ok, aku tidak mahu merayu, aku memang bersalah…aku selayaknya disebat…sob..sob…
Berkuasa: Hukuman terhadap fizikal sepatutnya menjadi jalan terakhir…..
Penghukum: Kita belum ada skema khusus merotan pesalah syariah ni….sivil melarang kaum hawa dirotan…
Bersalah: Betulkah aku bersalah dalam hal ini???Tiada yang sanggup jatuhkan hukuman….sob…sob…aku dah insaf ni….
Bekas Berkuasa yang ada kuasa: Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer…
Pemerhati: Kalau si peminum arak bersalah, bagaimana pula dengan si pelulus lesen menjual arak di Negara Islam ini?
Berkuasa: Negara ini mengamalkan konsep 1 Malaysia…
Bersalah: Aku merayu agar kes ni segera ditamatkan, rotanlah aku, aku OK je…..sob…sob….memang aku bersalah…
Pemerhati: CD, DVD cetak rompak yang menggugat pendapatan masyarakat hiburan Negara, kita haramkan, Dadah yang haram kita boleh haramkan penjualannya di negara kita, arak yang jelas haram kita masih berdolak-dalik untuk mengharamkannya….begitu juga dengan judi…..berleluasa.Bisnes..bisnes…
Pemerhati 2: Wahai Pemerhati…kau pindahlah dari Negara 1Malaysia ini, cari Negara yang tidak jual arak…tinggallah kau di sana dengan aman…
Aku: Yang satu salahkan yang satu….sebaliknya pun begitu,,,asyik salah menyalahkan….aku masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki....
Labels: politics
0 Comments:
Post a Comment
<< Home